Bahan-Bahan:
Cara-caranya:
- 1 mangkuk kecil spageti yang sudah direbus
- 1/2 mangkuk kecik isi ayam (diptong kecil)
- 2 biji bawang merah & 1 ulas bawang putih ditumbuk lumat
- 1/2 mangkuk kecil bunga kobis (dipotong kecil)
- Kacang pea (sweet pea-dalam bahasa Inggeris) -dipotong 2 atau 3 setiap satu
- 1/2 biji lobak merah (dihirs dan dipotong memanjang)
- sos tomato sekucupnya
- sos cili secukupnya
- sedikit kicap manis dan kicap masin
- minyak untuk menumis
Cara-caranya:
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawamg putih yang telah ditumbuk tadi. Kacau dan biar sehingga kekuningan.
- Masukkan isi ayam dankacau. Tunggu sehingga isi ayam masak
- Selepas itu, masukkan pula sos tomato dan sos cili. Kacau lagi.
- Masukkan hirisan lobak merah.
- Setelah lobak merah lembut, masukkan spageti. bunga kobis, kacang pea, kicap masin dankicap manis.
- Kacau semua bahan supaya sekata. Biarkan seketika.
- Sedia untuk dihidangkan