Ar Rahnu RHB Islamic Bank

Bulan lepas,RHB Islamic Bank telah memperkenalkan produk pembiayaan pajak gadai Ar Rahnu yang  di cawangan Kubang Kerian. 


Pajak gadai Ar-Rahnu itu akan diperluaskan ke cawangan lain dengan sasaran awal ialah Kuala Terengganu, Terengganu; Bangi, Selangor dan Kuching, Sarawak.

Pembiayaan Ar-Rahnu ini  memberi peluang kepada mereka yang kesempitan untuk mendapatkan keperluan tunai dan juga modal perniagaan dengan pembiayaan sekurang-kurangnya RM100 sehingga RM50,000.

Produk ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan tempoh gadaian antara enam bulan sehingga setahun.

Urus niaga pajak gadai Islam itu akan menggunakan empat jenis konsep syariah iaitu Qardhul Hasan, Ar-Rahnu, Wadiah Yad Dhomanah serta Al-Ujrah dan mereka menerima emas jenis 999, 950, 916, 875, 835 dan 750 untuk digadai.

RHB Islamic Bank sehingga kini mempunyai 12 cawangan di seluruh negara  dan perkhidmatan perbankan berasaskan syariah itu turut disokong oleh 196 cawangan konvensional Kumpulan Perbankan RHB lain. RHB Islamic Bank mengunjurkan penambahan cawangan-cawangan bank itu di negeri yang belum ditembusi seperti Kedah, Melaka, Perlis dan Pahang.



Ulasan