Untung emas 1 dinar pertamaku

Wow! Harga emas naik dan terus naik. Saje nak kongsi kegembiraan dengan kawan-kawan tentang betapa bestnya simpan emas ni.

Ni nak cerita tentang emas 1 dinar yang pertama aku beli pada 1/02/2011. Aku beli 1 keping Public Dinar. Saja2 nak merasai aura emas jadi aku beli la 1 keping je buat permulaan. Pada ketika itu harganya ialah RM620.00. Dan pada hari ini harganya dah melonjak ke RM698 (pukul 12.25 pm). Kalau aku nak jual balik harganya RM656.00. Untung RM36.00 dalam masa hampir 3 bulan iaitu 5.8%... kalau 12 bulan 23.2%... WOW!!

Itu baru 1 dinar, kalau la aku beli jongkong 20gram atau lagi berat masa tu, pehhhh memang berbaloi-baloi lah.
Jadi kepada yang telah menyimpan emas tu aku ucapkan tahniah!! Dan kepada yang belum menyimpan tu bolehlah membeli sekarang sebelum harganya menjadi semakin mahal dan akan terus mahal.
Emas memang pelaburan yang menguntungkan dan kurang risiko.

Ulasan

  1. menarik bunyinya.mcm mana nak turut serta ye?

    blh tlg terangkan tak?

    BalasPadam
  2. harga tengah naik.. tapi ada satu masa dulu (masa tengok graf) ada jugak emas mencatatkan penurunan harga..

    but as long as tak jual emas masa harga turun, tak ada lah alami kerugian

    BalasPadam
  3. saudara riffzam, senang je boleh dapatkan emas dari public gold, gcp, nubex dan byk lagi terdapat di malaysia. bandingkan syarikat mana yang sesuai dengan saudara, beli dan simpan. kalau banyak modal boleh jadi dealer tapi saya pelabur shj

    BalasPadam
  4. setuju dgn saudara sabree, harga emas memang ada turun naik macam pasaran saham. tetapi kalau kita lihat sejak 10 tahun lepas hingga kini masih dalam keadaan uptrend.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...