Tips Nak Kaya daripada Rich Dad

Assalamualaikum WBT...
Kali ni aku nak kongsi dengan kawan2 tentang tips2 nak jadi kaya disebabkan baru2 ni aku baru habis baca buku Rich Dad Poor Dad. Ha, buku ni memang bagus la untuk korang yang ade cita-cita nak kaya tu. Boleh dapatkan di kedai buku. Itu hari aku beli kat Kinokuniya KLCC Rm35.90. Habis je baca terus mindset aku bertukar. Kalaulah masa boleh diundur, dah kaya kot hehe...Jadi ade baiknya aku berkongsi dengan kawan2 ape yang aku dapat dari buku ni.

Tips pertama yang paling aku suka ialah kita kena ubah pemikiran nafsu kita. Bagaimana?


Tangguhkan kemewahan. Bina asset dahulu. Contoh asset tu macam cash money, unit trust, emas, rumah yang disewakan dan macam2 lagi lah. Korang kena paham apa itu yang dipanggil ASSET yang sebenarnya. Adakah rumah itu asset? Tak semestinya, mungkin liabiliti kan.



OK. Setkan dalam minda, bile dapat gaji ( kalau keje makan gaji la) utamakan asset dulu, baru bayar perbelanjaan lain. Bunyi macam senang tapi klau dah banyak sangat hutang tu macam mana?
Tapi itulah yang diajar dalam buku tersebut. Walau macam mana susah pun, jangan bagi duit gaji tu ke perbelanjaan lain. Bina asset kita dulu. 


Kalau dapat duit tu nak tukar kete, bagi nampak macam kaya padahal kaya dengan hutang je memang tak guna la. Tu semua nafsu semata-mata.


Simpan duit tu dalam ASB, unit trust, atau beli emas, atau apa-apa yang boleh menambahkan duit kita tu. Klau ade rezeki lebih beli la 1 dinar setiap bulan. Tu yang aku praktikkan. Pay yourself first!!! Untuk mencapai kekayaan kena ikut cara orang kaya berfikir.

Ok, itu saja buat masa ni. Nantikan Tips saya yang seterusnya....
Wassalam...

Ulasan

  1. buku ni memang baik untuk dibaca.. highly recommended.

    by the way, kalau awak pergi ke Amcorp Mall setiap hari ahad akan ada flee market.

    try tengok dekat level 1, akan ada seorang uncle chinese jual buku-buku Robert T Kiyosaki dengan harga yang murah.

    Boleh dapat dengan harga RM20 ~ RM25 sahaja. Ada masa try usha ya.. boleh save budget sikit

    BalasPadam
  2. thanks for the info....

    BalasPadam
  3. Nak kaya dalam segala segi bukan kaya duit saja...boleh ke?

    BalasPadam
  4. Boleh, hendak seribu daya, xnak seribu dalih kan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...