Harga Emas Semakin Naik, Bila Waktu Terbaik Membeli

Kalau kita tengok, harga emas sentiasa naik, kita berhajat nak membeli tapi tak tau bile waktu terbaik nak beli memandangkan harga emas semakin mahal.Berbanding dengan tahun sebelum ini, harga memang banyak beza. Asik mahal je. Tapi sebagai pelabur, anda tak perlu risau nak membeli walaupun rasa macam dah terlambat.

Sebagai contoh paling mudah, bulan lepas kalau anda perasan, harga 1 gram 916 di kedai-kedai emas adalah RM157. Tapi hari ini dah RM162. Kenaikan RM5 per gram. Kalau 100 gram dah RM500. Fuh!!

Berbalik pada tajuk kita tadi, bile waktu terbaik nak membeli? Jawapnnya mudah saja. Waktu terbaik adalah sekarang. Sebab apa saya cakap begitu? Sebabnya, sebagai pelabur, kita target untuk jangka masa panjang. Jangan target nak untung dalam masa terdekat. Beli sekarang dan terus simpan. Jangan jualkan emas tersebut sampai bila-bila melaikan untuk beli asset ataupun kalau dah terdesak sangat. Anda pasti tidak akan menyesal dikemudian hari.

Ok, jangan tunggu lagi. Harga emas tidak pernah murah. Kalau nak tunggu murah jugak, silakan menunggu dan terus menunggu sampai bile tu tak tahulah. Kalau ade duit tu eloklah convert to gold secepat mungkin.
Selamat melabur!

Ulasan

  1. memang bagus beli emas untuk jangka masa panjang, anyway bosan2 boleh tengok harga emas harian untuk 2011

    Emas KFH

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...