Hari ni aku nak rakamkan dalam blog aku ini, cara-cara untuk membuat bedak sejuk, masker dan lulur beras.
Sebelum tu, adapun beras baik untuk penjagaan kulit muka atau badan. Beras mengandungi Oryzanol dapat memperbaharui pigmen melanin dan berkesan menghilangkan kesan sinar ultraviolet.
Cara-caranya, rendamkan beras dalam bekas selama seminggu. Air rendaman pula mestilah ditukar setiap hari. Setelah seminggu, beras akan menjadi sangat lembut dan boleh dilenyek2 atau ditumbuk. Untuk membuat masker,campurkan air pada beras yang telah dilenyek-lenyek,kemudian, tapiskan untuk mendapatkan ‘pati’ beras. Setelah itu, biarkan semalaman untuk ‘pati’ mendak . Kemudian, buangkan air dan mendapan itu, bolehla di jemur dengan cara diisi pada bekas2-bekas yang kecil atau sudukan dan letak di atas dulang (mcm buat jemput-jemput tapi kecil-kecil saja) lalu, jemurkan. Setelah kering, ia boleh dijadikan sebagai masker atau bedak sejuk.
Untuk membuat lulur/scrub badan pula, tidaklah sukar, iaitu setelah beras dilenyek-lenyek atau di tumbuk, campur sedikit air supaya ia boleh dikepal-kepal. Bentukkan ia menjadi bulat agak-agak sebesar ibu jari. Kemudian, jemur sehingga kering. Untuk menggunakannya, bolehla dibancuh dengan sedikit air.
Beras ini akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk menghilangkan bau tersebut, bolehla dicampur dengan daun pandan yang dipotong halus.