Bas untuk Wanita

Berita baik untuk wanita di ibu kota. Rapid KL telah menyediakan perkhidmatan bas untuk penumpang wanita. Walaupun baru dalam tempoh percubaan, khabarnya ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Jadi, tak perlulah lagi berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki, tak perlu risau dengan gangguan daripada mereka yang suka mengambil kesempatan dan tak perlu menutup hidung sepanjang masa kerana pemcemaran udara(dalam bas). 



Kelmarin, RapidKL mengumumkan tempoh percubaan Rapid Bas Wanita sepanjang bulan ini meliputi laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai.
Syarikat berkenaan memulakannya dengan dua sesi perkhidmatan iaitu di sebelah pagi bermula pukul 6.45 dan 7.30. Diikuti pula dengan sebelah petang pada pukul 6 dan 6.45.
Syabas  RapidKL kerana memperkenalkan bas khusus untuk wanita dan ia membuktikan usaha murni pihak swasta dalam melindungi dan memelihara kepentingan wanita melalui pewujudan persekitaran yang selamat.