Penyakit malas ni bahaya..!!! Jangan diikutkan sangat rasa malas tu. Malas sikit-sikit tu biasa lah. Jika seseorang tu malas jaga kesihatan, maka dia akan jatuh sakit. Jika malas bekerja, dia jatuh miskin, jika malas membaca dan belajar dia kurang pandai dan kurang pengetahuan, jika malas mandi, dia bau busuk. Sesiapa yang malas makan pulak, dia akan lapar. Tapi ada ke orang yang malas makan? Lagi-lagi kalau makan free.
Antara Cara nak mengatasi rasa malas
1.Amalkan doa mengelak diri dari malas
2.Ingat sasaran dan matlamat diri anda
3.Banyak membaca bahan motivasi
4.Susun dan mudahkan jadual anda
5.Rehat dan tidur yang cukup
6.Bersenam dan beriadah
7.Berkawan dengan orang yang positif
(aku dapat ni dari blog http://tipsbelajar.wordpress.com/)
Malas menurut al-Quran adalah sikap orang munafik. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik da paling mulia iaitu solat. Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.
Antara Cara nak mengatasi rasa malas
1.Amalkan doa mengelak diri dari malas
2.Ingat sasaran dan matlamat diri anda
3.Banyak membaca bahan motivasi
4.Susun dan mudahkan jadual anda
5.Rehat dan tidur yang cukup
6.Bersenam dan beriadah
7.Berkawan dengan orang yang positif
(aku dapat ni dari blog http://tipsbelajar.wordpress.com/)