Makanan Yang Sesuai Untuk Bayi 9 Bulan

Assalamualaikum...
Hari  ni nak share makanan yang sesuai untuk bayi yang berusia  9 bulan. Sebelum ni pun aku sering tertanya-tanya apakah makanan yang sesuai untuk anak aku? Nak masak bubur lagi ke untuk dia? Nak bagi lauk apa? Sayur apa??

    Hari ni aku dah dapat jawapannya... Nasi bubur sudah tidak berapa sesuai lagi untuk bayi yang dah menjangkau usia 9 bulan. Apa yang sesuai? Nasi lembik.(nurse kat klinik yang bagitau aku). Masak nasi macam biasa, bagi air lebih sikit bagi nasi tu lembik. Takpun, boleh lenyek-lenyek nasi bagi lembik macam orang dulu-dulu buat.

    Antara sumber Protein yang sesuai ialah, bayam, ikan,telur dan hati. Kuning telur lebih baik dari putih telur kerana kurang memberi kesan allergi kepada bayi.

      Antara sayur-sayuran yang sesuai pula,bayam,sawi,lobak, dan labu.Buah-buahan:pisang,mangga,pic,kiwi
Sumber lemak boleh diperolehi dari minyak sayuran dan mentega.

Pada usia ini, bayi bolehlah diperkenalkan kepada roti dan biskut yang sesuai.

Sekian..semoga bayi anda sihat dan kuat!