Adab-adab Membaca Doa

Assalamualaikum.

Adab-adab Membaca Doa

01.Ikhlas

02.Dimulakan dengan memuji Allah kemudian diikuti dengan selawat ke atas Nabi SAW dan mengakhiri doa dengannya juga.

03. Bersungguh-sungguh ketika berdoa dan penuh keyakinan akan diperkenankan oleh Allah.

04.Membaca doa dengan tenang dan tidak tergopoh-gapah.

05.Menghadirkan hati ketika berdoa (tidak berkhayal kepada perkara lain)

06.Sentiasa berdoa samada diwaktu senang atau ketika waktu susah.

07.Tidak meminta kecuali kepada Allah yang Maha Esa.

08.Tidak mendoakan keburukan ke atas isteri, harta benda, anak-anak, atau ke atas diri sendiri.

09.Merendahkan suara ketika berdoa antara dengar atau tidak.

10.Pengakuan terhadap segala dosa yang dilakukan dan memohon keampunan darinya dan pengakuan terhadap segala nikmat dan bersyukur di atas segala kurniaan Allah tersebut.

11.Menggunakan ayat yang mudah dan ringkas

12.Bersifat merendah diri, khusyu’, mengharap dan gerun terhadap Allah.

13.Memulangkan hak, meminta maaf terhadap orang yang dizalimi beserta taubat.

14.Mengulang-ulangkan doa sebanyak tiga kali
.
15.Mengadap kiblat.

16.Mengangkat dua tangan ketika berdoa.

17.Berwudhu’ sekiranya mudah berbuat demikian.

18.Tidak keterlaluan dalam berdoa (minta perkara yang pelik-pelik dan tidak munasabah sebagai seorang hamba, seperti nada paksaan agar Allah perkenankan)

19.Hendaklah orang yang berdoa, memulakan doa untuk dirinya terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.

20.Bertawassul dengan nama-nama Allah (Asma ul-Husna) dan sifat-sifatnya yang maha tinggi dan dengan amalan soleh yang dilalkukan oleh orang yang berdoa atau dengan doa seseorang yang masih hidup.


http://www.al-azim.com/~beringin/agama/adabdoa.htm