Misteri Petang Jumaat

Petang Jumaat yang lepas, sedang aku asyik melayan Iffah, tetiba aku ternampak sesuatu  dengan ekor mata aku. Benda tu datangnya dari dalam bilik kat sebelah dapur  dan menuju ke arah dapur.Berani betul dia keluar siang-siang. Aku pun pergi ke dapur nak tengok, tapi dah tak ada. Mesti menyorok benda ni. Kemudian aku duduk depan tv, tiba-tiba benda tu masuk balik dalam bilik lagi. Tak pe tak pe...dia mencabar aku nampaknya. Petang tu dalam pkl 6.45 hubby aku sampai rumah, kami terus pegi pasar malam beli ikan, udang, sayur-sayuran, dan beli sate 20 batang. Balik rumah terus makan sate tu. Lepas tu aku siang udang pulak.

Sedang asyik membuang kepala udang, tiba-tiba ada sesuatu berjalan atasa kaki aku. Aku apa lagi ...Aaaaaaaa!!!!!!!!!geli!!!!!! benda tu keluar semula rupanya....Aku pun panggil hubby untuk buat sesuatu. Dah melampau ni, berani dia kacau aku...Hb aku pun membuat strategi untuk menangkap benda tu...aku jaga di pintu dapur supaya benda tu tak lari ke ruang tamu..Hb aku guna pelocok nak tangkap benda tu...bunyi kelakar tapi memang berkesan. Bila hb aku cabar dia untuk keluar, dia pun keluar .Bila dia nampak aku jaga kat pintu dapur dan pintu bilik tertutup, dia buat u-turn, siap tergelincir lagi...aku tak tahan gelak time ni..rugi aku tak rakam.Bila tak de tempat dah nak lari, dia masuk dalam bilik air..HAHAHAHA... takde tempat dah nak sembunyi...

U can run but u can't hide...Akhirnya di nak keluar juga dari bilik air, masa tu hb aku berjaya menangkapnya menggunakan pelocok. Kemudian hb aku tekan-tekan pelocok tu..dia kata macam tak de apa je kat pelocok tu. Adik ipar aku kata ada..memang ada dalam tu. Tapi apesal tak bunyi. Hb aku pun angkat pelocok tu, rupa-rupanya benda tu ada kat bawah pelocok tu . Dah kemek dah...HMMMMmmm maka tamatlah riwayat seekor ANAK TIKUS yang berani menceroboh rumah aku. Tapi lum habis lagi episod..ada lagi seekor. Malam tu kami pasang perangkap pulak. Dan akhirnya dia tewas hahaha dia terperangkap sebab nak makan biskut cream cracker yang sedap tu. Agak-agaknya ada lagi tak ekk??? 

Ulasan