Kes Bunuh Meningkat

Sejak kebelakangan ini,  kita sering mendengar berita tentang pembunuhan. Ada pembunuhan yang melibatkan ahli keluarga terdekat, kawan dan kekasih. Ada juga kes jenayah bunuh ini berpunca dari perselisihan faham dan pergaduhan. Tak kurang juga kes rogol dan bunuh yang sekarang ni semakin meningkat .  Mayat mangsa pula ada yang dicampak ke sungai dan lombong, dimasukkan ke dalam beg atau kotak, malah ada juga yang dikerat.Ada juga mangsa yang ditemui hanya tinggal rangka sahaja. Berita-berita begini amat menyakitkan telinga dan membuat kita rasa takut. Adakah negara kita ini sudah kehilangan salah satu ciri yang dibanggakan iaitu keamanan?Mengapa perkara sebegini semakin kerap berlaku? 


Baru-baru ini kita mendengar berita tentang ibu menikam anak dan si anak pula membunuh bapa dan ahli keluarga yang lain.Mungkin juga yang menjadi punca pembunuhan terutama yang melibatkan ahli keluarga ialah gangguan mental. Menurut Pakar Psikologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, jika melihat kepada laporan Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga pada 2006, 11 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah mentalPelbagai sebab seperti stres, tekanan kerja, hubungan sosial, personaliti introvert iaitu seorang yang cepat putus asa, tak suka bergaul dan sebagainya mudah terdedah kepada masalah mental. Masalah ini jika tidak ditangani boleh memudaratkan pesakit dan orang disekelilingnya. 


Walaubagaimanapun, kita sebagai orang Islam wajiblah kita berpegang pada ajaran agama dan sentiasa mengingati Allah. Dengan itu, kita dapat berfikir secara rasional dan berfikiran positif. Apa jua masalah pun ada penyelesaiannya.