Perkembangan Bayi Anda (Bulan Kedua)

Bulan ke 2

Deria
Sentuhan anda merupakan satu penyembuhan. Kajian menunjukkan bahawa mengurut bayi dapat meningkatkan berat badan, fungsi imun, dan pengembangan otot serta menghindarkan perut kembung dan sakit perut. Banyakkanlanh memeluk, memegang, membelai, dan mencium si manja.

Badan
Waktu ini,bayi anda sudah mampu mengawal kepalanya ketika anda memegang dia dalam posisi duduk. Tangannya juga mulai terkuak. Dan beratnya meningkat lebih kurang ½ paun seminggu.

Otak
Si manja banyak menghabiskan masa dengan tidur. Dalam kitaran REM (rapid eyes movement) bayi anda mengalami mimpi. Para saintis percaya bayi menggunakan masa ini untuk memproses maklumat yang mereka kumpul di siang hari.

Komunikasi
Bayi anda sudah pandai berkukur. Dia mula tertarik oleh bentuk dan gerakan.