Khasiat Buah Oren

Sebiji buah oren mengandungi lebih daripada 170 fitonutrien yang berbeza dan lebih daripada 60 flavonoid. Oren juga dipercayai mengandungi anti inflamasi, anti-tumor dan menghalang pembekuan darah , serta anti-oksidan . Kombinasi   anti-oksidan (vitamin C) dan flavonoid dalam oren menjadikannya antara  buah yang terbaik dalam membantu mempromosikan kesihatan optimum. Berikut adalah beberapa khasiat buah oren untuk dikongsi bersama:


Pencegahan barah: Sejenis kandungan  oren disebut liminoid, telah ditemui berfungsi membantu memerangi barah mulut, kulit, paru-paru, payudara, perut dan usus besar. Kandungan vitamin C yang tinggi  juga bertindak sebagai anti-oksidan yang baik yang melindungi sel daripada kerosakan oleh radikal bebas.

Kolesterol: alkaloid synephrine yang ditemui di bawah kulit oren dapat mengurangkan kolesterol.

Sembelit: Walaupun oren rasa lebih keasidan, tetapi ia  mempunyai kesan alkaline dalam sistem pencernaan dan membantu merangsang pencernaan dan menghilangkan sembelit.

Memperbaiki  sperma: Sebiji oren sehari sudah cukup bagi seorang lelaki untuk menjaga sperma yang sihat. Vitamin C, anti-oksidan, melindungi sperma daripada kerosakan genetik yang boleh menyebabkan kelahiran cacat.

Tekanan darah tinggi: Penyelidikan telah menunjukkan bahawa flavonoid yang disebut hesperidin dalam buah oren boleh menurunkan tekanan darah tinggi.

Sistem imun: kandungan vitamin C yang banyak merangsang sel darah putih untuk melawan jangkitan, tentu saja meningkatkan sistem kekebalan tubuh yang baik.

Mencegah batu karang: minum jus oren setiap hari secara signifikan dapat menurunkan risiko pembentukan batu kalsium oxalate di ginjal.

Kulit: anti-oksidan dalam oren membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas yang diketahui menyebabkan tanda-tanda penuaan.

Perut : Dapat mengurangkan risiko kanser perut.


Ulasan